1.Pocong Atas Katil.
Saya ingin mengenengahkan pengalaman saya yang saya masih ingat sampai sekarang. Ini membuat saya tidak berani lagi tidur keseorangan diri di dalam bilik saya. Saya seorang ibu tunggal. Saya tinggal bersama ibu, ayah, adik lelaki saya dan isterinya di rumah kami di Sembawang. Saya tidur bersama anak gadis saya yang bernama Kiera.
Katil kami merupakan katil dua tingkat. Saya tidur di bawah dan Kiera di atas. Selalunya Kiera sampai rumah dari tempat kerja paling lewat pukul 11.30 malam. Dan Kiera akan menghantar pesanan kepada saya jika dia balik lewat malam, selalunya habis lewat di tempat tugasnya di Lapangan Terbang Changi. Dan jika dia tidak balik, dia pun akan menghantar pesanan atau menelefon saya untuk memberitahu saya. Kejadian ini berlaku pada saya seminggu yang lalu, pada malam Jumaat. Saya terlalu penat sangat selepas pulang dari kerja sekitar selepas pukul 7 malam. Selepas membersihkan diri, solat Maghrib dan Isyak, saya makan dan berbual - bual dengan ibu dan ayah saya. Masuk pukul 10 malam, saya pun masuk ke bilik dan terus tertidur. Saya tersedar dari tidur selepas sesuatu berbunyi di atas katil saya. Bunyinya sama seperti bunyi apabila Kiera baru baring atau sedang memusingkan dirinya di atas katil. Jam menunjukkan pukul 12.15 pagi.
Pada pendapat saya, itu mesti Kiera yang sudah terbaring di atas. Selalunya, saya nampak wayar telefon bimbit Kiera di sebelah saya, tapi pada malam itu saya tidak perasan wayarnya. Dalam masa yang sama, saya terhidu bauan yang tak menyenangkan hati saya. Saya tahu itu bau pacai, tapi saya masih lagi setengah tidur setengah bangun. Saya tergerak hati untuk melihat telefon bimbit saya. Alangkah terperanjatnya saya bila ketika saya sedang memegang telefon bimbit saya ketika itu juga Kiera menghantar pesanan kepada saya untuk memberitahu bahawa dia pulang agak lewat, masih di tempat kerja, ada kerja lembur dan kemungkinan habis sekitar 2 pagi. Jadi apa yang ada di atas katil sehingga saya terdengar bunyi yang agak berat itu? Apa benda itu? Masih ada atau tidak? Soalan-soalan ini bermain di fikiran saya. Nak bergerak lari takut, nak tidur balik lagi takut bila bau pacai masih ada, dan perasaan menjadi tak tentu arah. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari atas katil yang perlahan bagaikan bunyi orang mengerang. Perlahan tapi jelas bunyi itu. Bayangkan, jarak dari katil ke pintu kira-kira tujuh tapak. Saya angkat bantal dan telefon bimbit saya dan jalan perlahan-lahan menuju pintu saya. Entah kenapa saya bergerak perlahan, saya tidak terfikir bahawa bergerak cepat itu lagi menyenangkan saya. Ketika saya buka pintu bilik (katil di belakang saya ), terdetik perasaan ingin tahu apa yang berada di atas katil.
Saya pun buka pintu, perlahan-lahan kepala saya pusingkan ke arah kanan agar saya akan melihat dari tempat kaki dahulu. Bayangkan apa yang saya nampak. Susuk tubuh manusia yang dibalut kain putih, boleh saya katakan Pocong di katil anak saya yang di atas katil saya. Tanpa melengahkan masa, saya lari tanpa tutup pintu bilik saya. Kerana ketakutan sangat, saya kejutkan ayah dan ibu. Ibu dapat merasakan sesuatu bila saya kejutkan beliau. Namun begitu, tiada siapa yang berani periksa bilik itu malam itu. Kami lanjutkan tidur sehingga ke pagi. Sampai sekarang saya tak benarkan anak saya Kiera kerja lembur, dan bila Kiera belum balik lagi, saya akan berada di bilik ibu saya. Terima Kasih kerana ketengahkan cerita saya ini.
2.Bangunan Berhantu.
Nama saya Sham ingin menceritakan kisah seram. Ini berlaku sudah hampir dua tahun. Dulu saya seorang remaja yang sangat liar. Keluar setiap malam, lepak sana sini dan macam-macam lagi. Pada satu malam, saya dan rakan-rakan sedang lepak di bawah sebuah pokok. Tak jauh dari tempat kami lepak, ada satu bangunan yang tidak digunakan lagi.
Kawan saya mencabar saya untuk memasuki bangunan itu dan mengambil gambar sekeliling kawasan bangunan itu. Saya pun dengan berani menyahut cabaran itu. Orang kata bangunan itu "keras". Ayah saya pernah mengatakan bahawa kita tidak boleh masuk ke bangunan itu selepas 7 malam. Saya tidak menghiraukan nasihat itu, terus memasuki bangunan tersebut dengan berbekalkan lampu suluh dan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Apabila saya ingin memasuki bangunan tersebut, bulu roma saya mula meremang. Keadaan bangunan tersebut memang seram dan gelap. Saya pun memasuki bangunan tersebut. Saya mula mengambil gambar sekeliling bangunan tersebut dan tidak sedar saya telah jauh berjalan. Lebih kurang 15 minit saya berada dalam bangunan tersebut dan seperti ada bermacam-macam benda yang perhatikan saya. Saya berasa tidak sedap hati lalu mencari jalan keluar. Apabila saya keluar dari bangunan itu, saya menyuluh semula ke arah bangunan itu dan saya dapat melihat banyak makhluk seperti manusia berpakaian putih sedang melambai ke arah saya.
Saya dengan sekuat hati berlari dari bangunan itu tanpa melihat ke belakang. Apabila sampai ke tempat kawan-kawan saya yang sedang lepak, saya menyerahkan telefon bimbit saya kepada kawan saya untuk melihat gambar yang saye telah petik. Tetapi malangnya semua gambar yang saya petik sudah tiada seperti sudah dibuang oleh seseorang. Selepas kejadian itu saya terus bertekad menjadi remaja yang baik.
3.Jual Kuih.
Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tannga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.
Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka. "Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu"sapa tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor."Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang,bukan macam korang "balas Azizul. "Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir"celah Nordin cuba menyakat ."Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah,skang zaman moden..mana ada lagi semua tu" "Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya,tapi dai buat tak tahu saja.Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai di rumah.
Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari. "Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak."Kenapa pula?Kan masih sempat abang keluar macam biasa?"tanya isterinya dari sudut dapur. "Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat" Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setia pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu. Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur."Awal sangat ni bang,jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan. "Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu"balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya. Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati.Memang benar kata isterinya jalan masih sunnyi.Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu.Rupanya hari itu hari Ahad,semua pekerja kilang bercuti.
Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan.Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya.Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan. Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya.Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu.Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih. "Nak beli kuih?"Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih.Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi. Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka. "Dua ringgit semuanya"kata Azizul.Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi.Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.Boleh tahan cantiknya,getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas,hanya senyuman yang terukir id bibir.Azizul kembali meneruskan perkjalananya.Dalam hati terdetik betapa beraniya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki. "Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam""Ah mengarut jer,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak.Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil. "Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man.Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus,ada orang beli tengah jalan tadi."Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula.Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri. "Ayah ,mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil,"katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.
Tercenggan seketika Azizul dibuatnya.Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi,kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni,seluar ni baru aku keluarkan dari almari,"akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini. Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.
4.Berlaku dlm 2 tahun yg lepas.
Dia dpt job mengandam sorg pengantin kat sebuah negeri terkenal ngan masakan yg pedas2..so dia gi la sana ngan assistant dia..naik kete dan dgn berpandukan arahan melalui telefon oleh kakak si pengantin, maka sampailah mereka ke destinasi yg dituju. rumah pengantin nun jauh di dlm kg dan terletak kat atas bukit. mengikut citer si pak andam ni, rumah tu cam rumah kg style dulu2 and agak spooky gak la secara luarannya.. but that is just the beginning of the story...The best part (or the worst??) time dia msk bilik pengantin coz nak mengandam kan.dia sorg jer assistant yg lain siapkan meja mkn pengantin etc..bilik tu suram jer ngan tingkap sume ditutup ngan kain..pelik la si pak andam ni. tp dia agak maybe tradisi org kat sini mmg camtu..and time mekap pun pengantin x bole tgk cermin..hmm pelik la kan? tp keje pny psl mamat ni redah je la..pengantin tu plak x ckp byk pun..mostly diam jer.. sekali..jeng2..time dia agkt rambut pengantin coz nk buat sanggul, terkejut tahap gaban si pak andam coz belakang tengkuk pengantin ada paku hokkay!!! paku yg kepala bsr and berkarat plak tu!! keluar segala peluh jantan beb. dia mmg xde nk relax2 dh.cpt jer siapkan pengantin then igt nk blah je. Lepas dh siap sumer tu, akak si pengantin jemput pak andam n konco2nya mkn kenduri. tp si pak andam ni dh pucat semcm bg alasan kene blk cpt..maybe akak pengantin perasan kot yg mamat ni takut something..then dia sendiri explain. katenye, adik dia tu dulu pnh accident teruk. hampir nak mati gak la. then diorg gi berubat. hmm..hampir mati ker or..ishhhhhhhhhh....ape kejadah ada paku kan??!! then, pak andam ni dh bisik ngan assistant dia citer ape yg dia nampak kat pengantin. masing2 pun pucat then diorg mintak izin trus blah. tak mkn pape pun.yg pelikye time diorg nk keluar dari tmpt tu, diorg cm x bole jmp jln keluar. hampir sejam gak la diorg asyik pusing2 kat tmpt yg sama.huhu. pastu ntah mcm mana, berjaya gak jmp high way..baju pengantin yg dia dh pakai, makeup sume dh dihumban oleh pak andam ni. bwk sueh ketanye.. .aku dgr citer ni seriau je coz aku igtkn dlm movie dolu2 je ada kene paku ni.hmmm...
5. Masa kat mersing.
NI PENGALAMAN AKU KAT MERSING..SEMUA TTG STESEN MINYAK DIA..2 KALI AKU TERKENA..TIME AKU BUJANG DAN YG TERBARU TIME AKU DAH KAWIN...YG TIME AKU BUJANG TU AKU ON DAY DARI TERENGGANU KE JOHOR BHARU..MLM TU AKU MMG MENGANTUK HABIS..TUNGGU PUNYA TUNGGU ADA LA AKU JUMPA 1 STESEN MINYAK KAT MERSING..SEBELAH TOKONG LAU XSILAP AKU..TP MMG AREA TU LA..AKU PUN PARKING LA..TIME AKU TGK STESEN NI CAM BUKA..TU YG AKU BERANI BERHENTI REHAT..AKU TIDUR KAT KAWASAN GELAP SKIT..DUK SYOK2 AKU TIDUR,AKU TERBANGUN..
DAN TIME STILL LG MAMAI LA..AKU TENGOK SEBELAH KERUSI AKU,ADA AWEK DUK LEPAK..AKU MASA TU XTAU AKU MIMPI OR BETUL..TP YG PASTI AKU SEMPAT LA JUGA BACA DAN AZAN..DAN BENDA TU HILANG..TERUS AKU BLAH DARI SITU.. YG TIME AKU DAH KAWIN NI PUN AKU KENA KAT MERSING JUGAK..TP AKU XTIDUR AR KAT STESEN MINYAK TU..TP AKU DAN ISTERI AKU TIDUR KAT PETRONAS.. PERTONAS TU TUTUP..TP AKU BERANI LA KAN COZ BINI ADA SEBELAH..TAPI YG NI AKU RASA LAWAK PUN ADA.. DUK BEST2 AKU TIDUR,AKU MIMPI AKU KENA SAKAT DEK HANTU..AKU TERBANGUN COZ TERDENGAR ADA ORG KETUK CERMIN TINGKAP KERETA AKU..AKU TOLEH LA..AMBIK KAU..AKU TGK ADA ORG XPAKAI BAJU MUKA PUCAT DUK BERDIRI KAT LUAR SEBELAH KERETA AKU..AKU MENJERIT DAN TERUS START KERETA SAMPAI TERSPIN TAYAR TU..BINI AKU DAH TERKEJUT DGR AKU MENJERIT..MASA TU AKU DUK PIKIR NAK SELAMATKAN KAMI JE..
LAMA JUGA AKU AMBIK MASA NAK CERITA KAT BINI AKU..DIA BLURR TGK AKU..SIAP MARAH2 LG..PAS AKU CERITA KAT DIA,BARU DIA BGTAU DIA PUN MIMPI HANTU TIME TU..HUHU..YG LAWAKNYA AKU MENJERIT DAN TERUS CABUT TU..MUNGKIN BENDA TU MARAH KOT KAMI TIDUR SITU..SEKARANG LAU AKU NAK REST,AKU JUST BERENTI KAT SEVEN 7 KAT MERSING..BETUL2 DEPAN KAMI TIDUR..KAT STESEN2 MINYAK MERSING AKU DAH SERIK..ASYIK KENA JE..
Koleksi Cerita Seram
Koleksi Cerita Seram merupakan sebuah blog yang menghimpunkan segala cerita seram yang terbaik dari serata dunia. Jangan lupa untuk mengikuti blog ini.
Khamis, 22 Mac 2018
Apartment
Kisah mengenai apartmen yg saya tinggal sekarang. Kami sekeluarga sering dgr bunyi guli bergolek(bunyi guli bergolek atas lantai jubin)Oleh kerana kami tinggal di tkt paling we assumed anak2 org di tkt atas la yg suka benar main dgn guli ni.
Ayah saya pun bertanya dgn jiran2 yg lain,selalu tak dgr bunyi budak main guli? rupa-rupanya diorang pun dgr jugak & kata diorang kalau ada unit rumah yg kosong aje akan ada la kedengaran bunyi-bunyi guli..Kawasan rumah saya tinggal sekarang ni memang "keras" sikit,kononya ada satu kubur sami hindu yg "hilang" sewaktu pembinaan. Guards yg merondawaktu malam pun sering diusik oleh "benda" ni. Suka main-main dgn suis lampu,yg tu ditutup yg ni dibuka:geram:
Syukur setakat ni tak ada lagi ternampak benda yg menakutkan,cuma dengar ajelah.. sakat ni tak ada lagi ternampak benda yg menakutkan,cuma dengar ajelah..
Wanita Baju Hitam Depan Pintu
Dari kecik I nie sering nampak2. Tu pasal lah nyai I cakap time I kecik2 dulu asyik sakit jer. Paling latest I ternampak secara vivid bila nak gi rumah parents I. Rumah parents I point block kat Mei Ling Street....lift kat sebelah pintu jer. Lift sekarang kan ada glass kat pintu jadi bleh tengok keluar. Prents I tinggal di tingkat 14. Bila lift tu sampai jer, I nampak ada perempuan pakai baju hitam berdiri depan pintu, separuh badan kebawah diselindungi potted plants yang disimpan ayah I sebagai hobi. Muka tak nampak pasal badan dia berpaling senget ke arah pintu. I ingatkan my sister pasal earlier bila I call she takde rumah. So I tot dia sampai rumah sama timing dengan I. I punya orang suka kacau adik beradik so I dah bersedia nak sergah ler.....Pintu bukak jer, dah takde...so I tot cepatnya dia masuk rumah. Bila I keluar lift, pintu rumah parents I tertutup....tak dengar pun pintu tutup tadi. Pada pendapat I macam sekelip mata gitu. So I ketuk ler pintu bertalu-talu. Adik I yang bongsu tengok I terpinga-pinga so tanya kenapa. I tanya balik if my other sis dah balik. Dia kata 'dah dari tadi'.
Ler.......I pun story kat my family what I saw. My brother kata mungkin my shadow from the lift glass. At first I tot maybe jugak pasal I pun pakai baju hitam. Tapi bila ingat balik yang orang berdiri tu rambut dia lepas bahu. I pun lepas bahu tapi I ikat rambut I hari tu. And baju I hitam ada bunga2. Yang I nampak hitam semua. I pun tak tau apasal I tot it was my sister pasal rambut dia pendek. Pelik! Sapa ya yang berdiri kat pintu tu?
6 Tanda Tanda Rumah Berhantu
Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :
1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.
2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.
3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.
4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami "gempa bumi dalam rumah" iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.
5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.
6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.
Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.
Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.
Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.
1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.
2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.
3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.
4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami "gempa bumi dalam rumah" iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.
5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.
6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.
Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.
Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.
Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.
Selasa, 2 September 2014
TEKE TEKE
Teke-Teke adalah sebuah cerita tentang seorang gadis muda yang terjatuh di atas rel kereta api kemudian badannya terbelah dua karena terlindas oleh kereta api yang berlaju kencang. Hantu ini mempunyai keinginan balas dendam yang sangat besar, dia selalu membawa sabit besar yang tajam dan ia berjalan dengan kedua lengannya sambil menyeret badan bagian atas, jika ia mengejar korbannya ia berlari dengan sangat cepat menggunakan sikunya. Setiap kali dia bergerak dia mengeluarkan suara "teke-teke-teke". Banyak yang menganggap hantu teke teke adalah Kashima Reiko yang mencari kakinya.
Ada sebuah kisah tentang teke-teke yg cukup populer di kalangan anak sekolah di Jepang. Ada seorang anak muda yang meninggalkan sekolah. Lalu ia mendengar suara di belakangnya. Ketika dia melihat ke belakang, ia melihat seorang gadis cantik duduk di jendela. Gadis itu memiliki tangan ditaruh di atas ambang jendela dan hanya menatap dia. Dia bertanya-tanya mengapa ia ada di sana, "karena semua anak sekolah".

Ketika dia melihat kembali, gadis itu tersenyum dan memeluk dirinya sendiri sehingga ia memegang siku. Lalu tiba-tiba, ia melompat keluar jendela dan mendarat di tanah di luar. Anak itu menyadari dengan ngeri, bahwa dia kehilangan bagian bawah tubuhnya.
Ia berjalan ke arahnya, mencakar di tanah dan berjalan pada siku membuat suara tek-tek-tek-tek-tek. Anak itu penuh dengan teror dan jijik. Dia berusaha lari, tapi ia membeku di tempatnya. Dalam hitungan detik, dia ada di dekatnya dan hantu teke-teke mengeluarkan sabit dan melukai dia, membuatnya menjadi satu sendiri.
Teke-teke juga dikenal sebagai "bata-bata" atau "Gadis yang berlari dengan sikunya."Anak-anak paling sering menceritakan kisah ini, mereka memperingatkan satu sama lain tentang Teke-Teke. Mereka mengatakan dia mengeluarkan sabit yang tajam ketika ia melihatmu, dan dia akan memotongmu menjadi dua bagian. Sekarang kebanyakan anak-anak di Jepang bergegas pulang sebelum senja hari karena mereka takut untuk bertemu dengan teke-teke. Teke-Teke lak hantu wanita muda yg terbunuh dan mayatnya terbelah dua slepas dia melompat di depan kete api yg bergerak laju. rohnya tdk aman dan sentiasa dlm kemarahan! dia akan menganggu sesiapa je yg suka berjln lewat mlm smbil merangkak menggunakan sikunya dan mengheret cebisan tubuhnya dan akan mengeluarkan bunyi "teke-teke"! kpd korg yg suke kuar mlm, mesti ber-hati2. mana tahu kan?
Teke-teke juga dikenal sebagai "bata-bata" atau "Gadis yang berlari dengan sikunya."Anak-anak paling sering menceritakan kisah ini, mereka memperingatkan satu sama lain tentang Teke-Teke. Mereka mengatakan dia mengeluarkan sabit yang tajam ketika ia melihatmu, dan dia akan memotongmu menjadi dua bagian. Sekarang kebanyakan anak-anak di Jepang bergegas pulang sebelum senja hari karena mereka takut untuk bertemu dengan teke-teke. Teke-Teke lak hantu wanita muda yg terbunuh dan mayatnya terbelah dua slepas dia melompat di depan kete api yg bergerak laju. rohnya tdk aman dan sentiasa dlm kemarahan! dia akan menganggu sesiapa je yg suka berjln lewat mlm smbil merangkak menggunakan sikunya dan mengheret cebisan tubuhnya dan akan mengeluarkan bunyi "teke-teke"! kpd korg yg suke kuar mlm, mesti ber-hati2. mana tahu kan?
dari evv mazuin iv
Jumaat, 7 Mac 2014
Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam
Bukanlah maksud nak takutkan korang sume ,tapi ini hanya nak berkongsi dengan korang. Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie, nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan ? So lebih baik share kepada korang daripada disimpan sorang dan duk diam jer betul tak?
Ramai sudah sedia maklum antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam, contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup, yang tu memang la, memang dah rumah tinggal pun,t akde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :
Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.
2. Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam
Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??
3. Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)
Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.
4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam
Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.
Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?
Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??
Sabtu, 1 Mac 2014
Kisah Seram Gangguan Hantu Tanpa Kepala Di Tandas Asrama
Bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayanganmahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..
Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..
Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenyak tanpa menghiraukanku..
Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..
Aku memasuki bilik air seperti biasa..bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..Jadi,senang untuk ke tandas..
Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..aku mengintai dari dinding ..aku terkejut!!
YA ALLAH!!Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus akuyang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku.aku lihat dia menggunakan baldi aku..
YA ALLAH!!hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahuaku terus lari ke dorm..Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..terasa ada benda mengelilingiku..
Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..aku takut ia datang lagi..
Langgan:
Catatan (Atom)