Selasa, 2 September 2014

TEKE TEKE

Teke-Teke adalah sebuah cerita tentang seorang gadis muda yang terjatuh di atas rel kereta api kemudian badannya terbelah dua karena terlindas oleh kereta api yang berlaju kencang. Hantu ini mempunyai keinginan balas dendam yang sangat besar, dia selalu membawa sabit besar yang tajam dan ia berjalan dengan kedua lengannya sambil menyeret badan bagian atas, jika ia mengejar korbannya ia berlari dengan sangat cepat menggunakan sikunya. Setiap kali dia bergerak dia mengeluarkan suara "teke-teke-teke". Banyak yang menganggap hantu teke teke adalah Kashima Reiko yang mencari kakinya.
Ada sebuah kisah tentang teke-teke yg cukup populer di kalangan anak sekolah di Jepang. Ada seorang anak muda yang meninggalkan sekolah. Lalu ia mendengar suara di belakangnya. Ketika dia melihat ke belakang, ia melihat seorang gadis cantik duduk di jendela. Gadis itu memiliki tangan ditaruh di atas ambang jendela dan hanya menatap dia. Dia bertanya-tanya mengapa ia ada di sana, "karena semua anak sekolah".

Ketika dia melihat kembali, gadis itu tersenyum dan memeluk dirinya sendiri sehingga ia memegang siku. Lalu tiba-tiba, ia melompat keluar jendela dan mendarat di tanah di luar. Anak itu menyadari dengan ngeri, bahwa dia kehilangan bagian bawah tubuhnya.

Ia berjalan ke arahnya, mencakar di tanah dan berjalan pada siku membuat suara tek-tek-tek-tek-tek. Anak itu penuh dengan teror dan jijik. Dia berusaha lari, tapi ia membeku di tempatnya. Dalam hitungan detik, dia ada di dekatnya dan hantu teke-teke mengeluarkan sabit dan melukai dia, membuatnya menjadi satu sendiri.
Teke-teke juga dikenal sebagai "bata-bata" atau "Gadis yang berlari dengan sikunya."Anak-anak paling sering menceritakan kisah ini, mereka memperingatkan satu sama lain tentang Teke-Teke. Mereka mengatakan dia mengeluarkan sabit yang tajam ketika ia melihatmu, dan dia akan memotongmu menjadi dua bagian. Sekarang kebanyakan anak-anak di Jepang bergegas pulang sebelum senja hari karena mereka takut untuk bertemu dengan teke-teke. Teke-Teke lak hantu wanita muda yg terbunuh dan mayatnya terbelah dua slepas dia melompat di depan kete api yg bergerak laju. rohnya tdk aman dan sentiasa dlm kemarahan! dia akan menganggu sesiapa je yg suka berjln lewat mlm smbil merangkak menggunakan sikunya dan mengheret cebisan tubuhnya dan akan mengeluarkan bunyi "teke-teke"! kpd korg yg suke kuar mlm, mesti ber-hati2. mana tahu kan?

dari evv mazuin iv 

Jumaat, 7 Mac 2014

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Bukanlah maksud nak takutkan korang sume ,tapi ini hanya nak berkongsi dengan korang. Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie, nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan ? So lebih baik share kepada korang daripada disimpan sorang dan duk diam jer betul tak?
Ramai  sudah sedia maklum antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam, contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup, yang tu memang la, memang dah rumah tinggal pun,t akde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :
Banglo Kayanganseksyen 12 Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam
Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.
2. Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam
Rumah RM50Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam
Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??
3. Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)
Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam
Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.
4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam
Rumah tepi SirimSeksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam
Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.
Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?
Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Sabtu, 1 Mac 2014

Kisah Seram Gangguan Hantu Tanpa Kepala Di Tandas Asrama

Bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayanganmahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..
Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..
Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenyak tanpa menghiraukanku..
Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..
Aku memasuki bilik air seperti biasa..bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..Jadi,senang untuk ke tandas..
Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..aku mengintai dari dinding ..aku terkejut!!
YA ALLAH!!Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus akuyang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku.aku lihat dia menggunakan baldi aku..
YA ALLAH!!hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahuaku terus lari ke dorm..Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..terasa ada benda mengelilingiku..
Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..aku takut ia datang lagi..