Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai
hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya
wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang
menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala
dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai
berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka
yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka
bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara
terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
hantu
penanggal dipercayai amat menyukai darah perempuan yang bersalin, dan
sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati
akibat kehilangan darah yang banyak. Oleh itu, biasanya disekeliling
rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan
sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati
rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri
tersebut. Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih
berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan
dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan
kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada
pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal
atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak
dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk yang memakan manusia dan ahli
sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di
Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga
dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, rempah-ratus dan
ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga
dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan
di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik
dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
Kisah
mengenai Hantu Penanggal semakin berkurangan pada hari ini. Mungkin pada
hari ini terdapat banyak tiang elektrik menyebabkan Hantu Penanggal
mengalami kesukaran untuk terbang kerana takut isi perutnya tersangkut
tiang elektrik lantas menyebabkan ia terkena renjatan elektrik. Hmm
logik!
Koleksi Cerita Seram merupakan sebuah blog yang menghimpunkan segala cerita seram yang terbaik dari serata dunia. Jangan lupa untuk mengikuti blog ini.
Selasa, 28 Mei 2013
Isnin, 13 Mei 2013
Misteri Penerbangan Malam
Nama saya Fir. Kisah ini berlaku lapan tahun yang lalu, ketika itu saya
masih bekerja sebagai pembersih dalaman kapal terbang (Aircraft Interior
Cleaning atau singkatannya AIC). Kerjanya mungkin agak senang,
membersihkan dalaman kapal terbang, seperti tempat duduk, meja, majalah,
tandas, ruang pekerja dan sebagainya dengan hanya sebelas orang
pekerja. Macam-macam kapal terbang dibersihkan, dari kapal jenis A319,
B747, B777 hinggalah A380. Cuba bayangkan betapa besar kapal Megatop 747
dengan hanya empat orang pekerja membersihkannya.
Kisah ini berlaku apabila penerbangan jenis A340-500 membuat perhentian
semalaman. Dan kapal ini agak istimewa kerana kesemua tempat duduknya
bertaraf kelas bisnes, dan bila enjin dimatikan hanya kedengaran
kapal-kapal terbang lain yang berlepas. Ia juga merupakan kapal terbang
yang biasanya membawa jenazah. Jadi pada malam itu dengan kru sebelas
orang, kami bertugas seperti biasa menggunakan lampu suluh. Sedang saya
bertugas, terperasan ada orang yang duduk di tempat duduk kru pramugara,
jadi saya tanya rakan saya di sebelah, "Fik siapa pula yang di seksyen
terakhir?" "Entah aku rasa Mamat atau Kak Martini kot? Alah lepas habis
seksyen kita, kita pergi belakang tolong mereka lah..." kata rakan saya.
Tetapi saya tidak menumpukan perhatian pada tugas dan masih pandang ke
tempat duduk tadi dan tertanya siapa lagi yang masih di situ.
Saya bersuara, "Mamat! Kak Tini! Yang lain dah nak turun, korang masih
banyak lagi tugasan ke? Kalau banyak aku dengan Fiq tolong sikit kita
buat cepat-cepat." Mereka terdiam saja, mungkin sibuk agaknya. Jadi
rakan saya dan saya menuju ke seksyen terakhir untuk menolong sikit.
Ruang penerbangan ini agak terhad tetapi sungguh panjang. Jadi sambil
berjalan menuju seksyen terakhir sambil ketawa. Tiba-tiba rakan saya
terhenti dan membisik di belakang saya. "Eh kejap!!! Bau macam bunga
orang meninggal ah..." "Ishk kau ni! Dah buang tebiat eh? Dah sudah kau
berhenti di tengah bila nak habis kerja mereka tu?" Tiba-tiba telefon
bimbit saya berbunyi, nama yang tertera adalah rakan kami Mamat. Jadi
saya bersuara, "Oi Mamat! Kau lagi nak main-main eh, kerja kau kan masih
berlambak?" Saya tak mengangkat panggilan dari Mamat. Sejurus kemudian
saya terima panggilan, kali ini ia dari ketua kumpulan kami dan saya
mengangkat panggilan itu sambil menyuruh rakan saya pergi dulu menolong
rakan lain di seksyen terakhir, "Fir kenapa lambat korang nak turun?
Korang tak nak balik ke?" Jadi saya beritahu ketua kumpulan saya, "Nak
turun lah ni lepas tolong Mamat dengan Kak Tini."
Tiba-tiba rakan saya Fiq terpekik dengan sekuat hati, "Fir, lari Fir!!!
Cepat keluar!!!" sambil lari saya tanya apa jadi dan bertanya Mamat
& Kak Tini di mana? Fiq cuma sempat berkata, "Nanti aku beritahu kau
di luar..."
Bila tiba di luar kapal terbang, saya terkejut! "Eh Mamat??? Kak Tini???
Tadi di atas kan korang di seksyen terakhir??? Errr... Fiq baik kau
bagi tahu aku." "Ok sekarang aku bagi tahu kau, tapi aku tak nak pandang
itu seksyen terakhir. Semasa kau berbual dengan ketua kumpulan. Aku
dengar suara sama macam Kak Tini ketawa, bila aku suluh ke arah sana,
aku ternampak ada orang berdiri tegak! Jadi aku pekiklah suruh lari!
Sampai aku rasa nak pengsan tapi tawakal!"
Sampai sekarang ia menjadi tanda-tanya kepada saya siapakah yang di
berada di tempat duduk di seksyen terakhir dan siapa lagi yang rakan
saya ternampak.
Sabtu, 11 Mei 2013
Gambar Gadis Bunuh Diri
GAMBAR GADIS MAUT GANTUNG DIRI
Seorang Gadis Mexico berusia 20 tahun mengakhiri hidupnya dengan cara mengantung diri di biliknya.
Tidak di ketahui apa motif dan latar belakang tindakan nekadnya ini.Mangsa di dapati mati dengan leher masih terikat dengan tali yang menjerut lehernya

Ritual Menggulingkan Diri Diatas Katil Duri (8 Gambar)
Berguling di atas katil duri di China?
Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas
satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Dimana kegiatan ini sangat
terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Mengerikan sungguh duri
yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.
Ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China. Menurut weibo.com dimana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.
Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di alas yang menyerupai tempat tidur dan para 'korban suci' berguling di atasnya dengan hanya berseluar pendek.

#Just enjoying the view, no racist

Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang
Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?
Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.
Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.
Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.
Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa.
Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.
Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap.
Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.
Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa.
Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.
Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia.
Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.
Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan.
Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.
Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih.
Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.
Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati.
Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.
Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu.
Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.
5 KISAH HANTU PALING TERKENAL
Kisah Hantu Wanita Paling Terkenal – Hantu
merupakan hal yang sangat mistis yang sangat dipercayai oleh sebagain
orang timur namun orang barat juga ada yang percaya akan keberadan hantu
yang sering menampakan diri. Nah berikut ini ada beberapa kisah hantu
wanita yang menjadi cerita yang menakutkan akibat dari kematian mereka
sangat teragis dan menyeramkan, penasaran kisah hantu wanita apa aja
yang sangat terkenal simak 5 Kisah Hantu Wanita Paling Terkenal berikut
ini.
1. Elva Zona Shue
Elva Zona Shue dikenal Hantu Greenbrier, Kota virginia Barat, Amerika Serikat. Dia tersohor sebab mengungkap sendiri kasus kematiannya. Perempuan ini dibunuh oleh suaminya sendiri lantaran tidak membuat masakan disukai dia.
Hanya ibu Zona, Mary Jane Heaster, curiga menantunya membunuh putri kesayangannya. Tapi Mary Jane tak punya bukti. Hanya saja selama empat malam berturut-turut dia didatangi hantu Zona menceritakan perlakuan buruk suaminya hinga dirinya tewas dengan kepala terbalik.
Dari peristiwa itu Mary Jane meminta pengadilan setempat untuk membongkar lagi kasus kematian putrinya. Lewat penyelidikan detil, akhirnya suami Zona dibekuk dengan tuduhan pembunuhan istrinya sendiri.
Sejak suaminya tertangkap, hantu Zona tidak lagi datang. Kisahnya terus diceritakan kembali oleh masyarakat.
2. Marie Laveau
Marie Laveau dikenal pendeta Voodoo dan menguasai ilmu hitam. Dia tersohor di pertengahan tahun 1800-an. Leavue dukun paling kuat dan mampu memerintahkan alam gaib di bawah kendalinya. Makam perempuan ini merupakan tempat paling angker di Kota New Orleans, Negara Bagian Louisiana, Amerika Serikat.
Hantu Laveau bakal muncul di hadapan mereka yang berani mengetuk ruang bawah tanah di sebuah toko menjual barang-barang perdukunan. Toko ini pernah menjadi tempat tinggal perempuan itu. Jangan lupa untuk membawa sesaji yakni susunan jagung, alkohol, bunga, dan memuja patung dirinya.
3. Kate Morgan
Kate Morgan merupakan hantu perempuan muda penghuni ruang Picturesque, Hotel Beachside del Coronado, di Negara Bagian california, Amerika. Pada 1892, Morgan ditemukan tewas dengan peluru bersarang di kepalanya. Tangan dia menggenggam pistol. Awalnya semua orang menduga dia bunuh diri, hingga akhirnya ditemukan fakta, pistol dan peluru tidak sepasang. Pelaku pembunuhan Morgan hingga kini belum ditemukan.
Para karyawan hotel dan tamu sering melihat hantu Morgan. Kehadirannya bisa dirasakan lewat buku terkadang berputar tiba-tiba tanpa seorang menyentuhnya atau pembuang air di toilet berbunyi sendiri.
4. Dolly Madison
Dolly Madison merupakan istri dari Presiden Amerika Serikat keempat James Madison. Dia perempuan menolak pindah dari Gedung Putih lantaran memiliki taman indah. Dolly memang hobi menata kebun. itu dilakukannya hingga ia meninggal.
Saat Woodrow Wilson menjabat, dia dan istrinya Edith hendak menata ulang kebun milik Dolly. Hantu Dolly tidak terima jika ada seorang merusak tanamannya. Arwahnya muncul dan membuat seluruh tukang kebun lari ketakutan. Akhirnya perombakan itu dihentikan.
Hingga kini, Dolly masih menjaga tanamannya. Sesekali dia menampakkan diri berjalan melihat kebun bunga dibangun sendiri oleh dia. Ini sekaligus menjawab kenapa Gedung Putih tidak pernah merubah tata halamannya.
5. Si Manis Jembatan Ancol
Si Manis Jembatan Ancol dikenal bernama Mariam atau Siti Ariah. Menurut cerita, dia seorang gadis desa diperkosa beramai-ramai oleh pemuda mabuk. Lalu mereka membunuh Mariam dan melempar mayatnya ke bawah jembatan Ancol.
Sejak itu, masyarakat sering melihat penampakan perempuan cantik berjalan sendirian tengah malam, di daerah sekitar Ancol. Para tamu Hotel Horison sering mendapat laporan adanya sosok Mariam berjalan, lalu menghilang. Pihak hotel konon membuat kamar khusus untuk dirinya.
Mariam juga dikenal di mancanegara. Beberapa media asing pernah mengulasnya sebagai legenda urban masyarakat Jakarta.

Sabtu, 4 Mei 2013
Anjing Menangis Di Hari Kematian
Kisah seram: Anjing menangis di hari kematian
Pong! Pong! Pong!
Bunyi paluan daripada masjid Kg. Lembah Kubur yang terletak di pedalaman Sabah. Ia teletak di sebuah lembah dan diberi nama ‘kubur’ kerana kawasan berkenaan pernah menjadi tempat mangsa-mangsa kekejaman tentera Jepun dikebumikan beramai-ramai tanpa nisan suatu masa dahulu.
Paluan tadi hendak mengkhabarkan bahawasanya ketua kampung telah meninggal dunia tengahari tadi. Penduduk kampung yang berkumpul dikhabarkan berita tersebut dan mereka dibahagi-bahagikan tugas agar pengebumian jenazah dapat segera dilakukan sebelum Maghrib.
Ah Fatt (40an), si penggali kubur menerima turut menerima khabar tersebut.
"Bila nak kebumikan?", tanya Ah Fatt.
"Sebelum maghrib... sempat ker?", tanya wakil masjid kepadanya.
"Sempat...", jawab Ah Fatt.
"Baguslah", jawab wakil masjid tadi sebelum berlalu meninggalkan Ah Fatt seorang diri.
Pada masa pengebumian…
Petang itu suasana sayu dan hiba bagi keluarga dan penduduk kampung. Ketua kampung berkenaan telah berkhidmat selama lebih daripada 20 tahun lamanya dan dia adalah ketua yang baik serta dihormati. Semua penduduk kampung menyayanginya dan kehilangan ini dirasakan sukar dicari pengganti.
Selesai pengebumian, Ah Fatt masih lagi di kawasan kubur berkenaan bagi mengerjakan kerja-kerjanya yang ditangguhkan pada hari itu. Selain menggali kubur, Ah Fatt juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan persekitaran serta menjaga kawasan kubur daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, pihak masjid telah menyediakan sebuah rumah untuknya berdekatan dengan kawasan kubur dan Ah Fatt duduk berseorangan di situ kerana dia belum berumahtangga.
Pada malam hari…
Bulan mengambang penuh pada malam itu. Ah Fatt bercadang untuk berjaga malam kerana kebiasaannya kubur baru akan menjadi sasaran golongan-golongan yang mengamalkan ilmu hitam. Golongan-golongan berkenaan kadang-kadang akan menggali semula kubur baru dan ada juga yang melakukan pemujaan di situ kerana mengikut fahaman mereka kubur-kubur yang baru ini lebih kuat kuasanya.
Sambil berjalan, Ah Fatt memerhatikan kawasan persekitaran kubur yang hanya diterangi bulan mengambang penuh... itupun hanya bagi kawasan-kawasan terbuka sahaja. Bagi kebanyakan kawasan yang terletak di bawah pohon merimbun, ianya gelap dan menyeramkan. Maka, Ah Fatt sekali sekala akan menggunakan lampu suluhnya untuk memerhatikan kawasan-kawasan gelap berkenaan kerana khuatir ada golongan-golongan pengamal ilmu hitam ini bersembunyi.
Adakah Ah Fatt seorang yang berani? Jawapannya, Tidak. Dia juga manusia biasa yang ada perasaan takut. Bezanya dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut maka perasaan takutnya dapat dikawal. Namun, jika dia teringat kisah-kisah menyeramkan pasti ketakutannya akan sukar dikawal kembali.
Sedang berjalan, tiba-tiba Ah Fatt melihat seperti ada pergerakan di bawah sebuah pohon besar yang rendang. Ah Fatt mengarahkan lampu suluhnya ke arah tersebut yang terletak dalam jarak 20 meter darinya.
"Helloooo... anybody there?", teriak Ah Fatt sambil mempraktikkan Bahasa Inggeris yang dipelajarinya sewaktu belajar di kelas orang-orang tua anjuran AJKK kampungnya.
Ah Fatt mendekati tempat itu secara perlahan-lahan. Apabila tiba di bawah pohon besar tadi, Ah Fatt berteriak, "Ya Allah!" dengan kuatnya. Ah Fatt terkejut dan jantungnya bagai hendak tercabut bila melihat lembaga putih di atas pokok berdekatan. Bila diperhatikannya dengan teliti, ianya cuma kain buruk yang tersangkut di situ. Ah Fatt mengusap-usap dadanya yang berdegup dengan kencang. "Siapalah punya kerja ni? Bikin takut jer", fikir Ah Fatt.
Belumpun reda ketakutannya, tiba-tiba terdengar pula anjing menangis dengan nyaring tidak jauh darinya.
Auw Auwwwww! Auw Auwwwww! Auw Auw Auwwwww!
Tangisan anjing berkenaan dapat kedengaran jauh. Ia menyeramkan. Bulu roma Ah Fatt menegak dengan tiba-tiba.
"Anjing mana pulak ni? Sial punya anjing... awas kau!". Ah Fatt pergi mencari anjing tersebut dengan niat mahu mengusirnya. Anjing menangis bermakna dia terlihat hantu. Hantu wujud baik kita tidak tahu kemunculannya dan tangisan anjing itu telah memberitahu kemunculan tersebut. Maka, lebih baik anjing itu diusir dan tangisannya dihentikan dengan kadar segera.

Bunyi tangisan berterusan tanpa henti dan Ah Fatt terus tercari-cari anjing berkenaan. Kemudian, bila semakin dekat dengan bunyi anjing tersebut, tiba-tiba ia berhenti serta merta dan suasana sunyi semula. "Aik! Dah berhenti? Tadi dengar macam dekat jer... kalau dah berhenti mesti aku perasan anjing tu lari", fikir Ah Fatt sendirian.
"Mana pulak anjing ni? Kot-kot hantu menjelma jadi anjing? Erk! Janganlah!!!". Ah Fatt sudah ketakutan. Badannya bergetaran. Jantungnya bedegup dengan pantas. Peluh membasahi tubuhnya.
Ah Fatt terus mencari dan difikirannya berbagai imaginasi yang menakutkan.
Jika diikutkan bunyi yang terakhir tadi, sememangnya anjing itu sudah berdekatan tetapi tanpa mendengar anjing itu berlari meninggalkan tempat itu ia menunjukkan anjing itu masih ada di situ. Maka, Ah Fatt memeriksa kawasan tersebut dengan lebih teliti.
Sedang Ah Fatt mengarahkan lampu suluhnya pada sebuah pokok, dia terlihat sesuatu yang menakutkan. "Astagfirullah!", teriaknya dan kejutan kali ini lebih kuat daripada kejutan pertama tadi. Kali ini Ah Fatt melihat lembaga hitam tergantung di atas pokok. Seekor anjing hitam menjadi korban pada malam itu dan digantung pada lehernya seperti pesalah menjalani hukuman gantung.
Anjing itu masih ada sedikit nyawa bila Ah Fatt terlihat ada sedikit pergerakan pada kakinya. Lehernya yang terjerut menyebabkan mulut anjing berkenaan terbuka luas, liurnya meleleh dan matanya terbeliak.
"Kerja siapakah ini!?", teriak Ah Fatt yang benar-benar ketakutan pada ketika itu.
"Pengamal ilmu sihir? Orang jahat? Hantu?", fikir Ah Fatt yang cuba membuat andaian sendirian.
Ah Fatt ingin berlari meninggalkan kawasan tersebut tetapi terlihat satu kertas putih bersih di atas tanah di bawah anjing yang tergantung tadi. Jika diikutkan dengan kebersihan kertas itu, maknanya ia masih baru walaupun kawasan tersebut adalah pokok-pokok dengan tanah yang becak. Kertas baru itu bermakna ianya baru di bawa ke situ dan belum dikotori oleh persekitarannya.
Ah Fatt mengambil kertas itu cepat-cepat dan ada tulisan menggunakan tanah di atasnya. "Nota?", fikir Ah Fatt.
Ah Fatt membacanya dan nota itu berbunyi: 'Aku sudah tidak sanggup untuk hidup lagi. Kekasih ku curang bersama teman baikku... aku ditikam dari belakang... selamat tinggal dunia'. Di bawah kertas itu ada cop kaki anjing sebagai tandatangan penulisnya.
Anjing itu mati bunuh diri. Dia menangis tadi kerana putus cinta. Nota itu buktinya.
"What the fak! Nak mati senyap-senyap tak boleh ker!? Nak jugak menangis malam-malam buta ni!", marah Ah Fatt kepada bangkai anjing yang tergantung tadi. Bau busuk pula menjelma. Ah Fatt tercirit dalam celana.

Bayi DIbuang Terbiar
Gempar!!
Seorang Bayi yang Di Tinggalkan Oleh Ibunya Di Jumpai Oleh Orang Ramai Pada Jam 7.30 Pagi...Polis Mengatakan Bahawa Bayi Tersebut Di Tinggalkan Oleh Ibunya Dalam Keadaan Yang Masih Bernafas Dan Sehat..
Bayi Tersebut Ditemui Dalam Keadaan Yang Menghayatkan Hati..Semut Telah Mengharunginya Hingga Dalam Mulut

Gempar!! Mayat Berjalan
Di Kampung
Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yang luarbiasa di mana mereka
boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian
berlaku di sebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit-bukau. Jika
ada kematian di Kampung Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa
hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti
bila sampai di rumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang
kampung dari mengurus mayat tersebut.

Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing Tanpa Tengkuk
PELIK : GEMPAR BAYI LAHIR DENGAN KAKI KAMBING
DAN TIADA TENGKUK | Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing
dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat
Nigeria

CULIK PANGGANG MAKAN
NEW
YORK: Seorang pegawai polis di sini merancang untuk menculik sehingga
100 wanita, panggang di dalam oven atau api dan memakan mereka, dakwa
pihak berkuasa persekutuan, semalam.
Gilberto Valle, 28, seorang pegawai polis aktif di Jabatan Polis New York, dituduh berbincang untuk “menculik, memasak dan makan anggota tubuh wanita” bersama seorang saksi yang namanya tidak didedahkan.
Kedua-dua mereka dikatakan berbincang menggunakan kloroform untuk membuatkan mangsa pengsan kemudian membawa mangsa ke dapurnya di mana Gilberto berkata dia mempunyai oven yang agak besar dan muat “sekiranya saya lipat kaki mangsa.”
Memasak dengan api yang perlahan atau panggang di atas api ketika mangsa masih hidup dan dikurung di dalam sangkar, adalah satu lagi cara yang difikirkan.
Gilberto yang dilaporkan bertugas di Harlem, ditahan kelmarin di rumahnya di Queens, New York.
Rakan komplot yang identitinya tidak didedahkan tidak didakwa dan tiada maklumat mengenai individu lain yang terlibat.
Pejabat Pendakwa Raya Amerika Syarikat di Manhattan berkata, ia merujuk kepada rakan komplot yang ramai.

oven yang digunakan untuk memanggang mangsa
Tiada wanita yang cedera setakat ini tetapi Pemangku Penolong Pengarah FBI, Mary Galligan berkata, dia tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai dakwaan yang mengerikan itu.
“Kami tidak perlu beri apa-apa huraian dalam dakwaan aduan yang dibuat. Ia jelas. Kata-kata dan perbuatan Gilberto itu memeranjatkan,” katanya,
Ketua Polis New York, Ray Kelly menganggap kes itu “pelik.”
Menurut aduan itu, FBI mengetahui mengenai rancangan Gilberto, September lalu apabila mereka mendapat tahu dia merancang untuk melakukan perbuatan itu melalui e-mail dan mesej segera daripada komputer di rumahnya.
Hasil siasatan melalui komputer itu, dikatakan fail sekurang-kurangnya 100 wanita bersama nama, gambar dan butiran peribadi seperti alamat serta penerangan individu berkenaan, ditemui.
Gilberto dikatakan menyalah guna pangkalan data penguatkuasa undang-undang untuk membuat senarai mangsa wanita.

Langgan:
Catatan (Atom)